Wednesday, February 14, 2007

NoW'S ThE TiMe FoR ReCiPiEs...




SoRrY GuYs...It'S In MaLaY..hehehe

AyAm:


KaRi AyAm

BaHaN2NyA:
Seekor ayam dipotong ikut suka hati
2 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
2 biji kentang dipotong 4 tiap satu
2 biji tomato dipotong 4 tiap satu
2 sudu besar tomato puree
setengah packet besar serbuk kari ayam dibancuh dengan semangkuk kecil air
kayu manis,bunga cengkih etc
beberapa helai daun ketumbar
sesudu kecil garam,setengah sudu kecil ajinomoto.

PeRaTuRaNnYa:
Tumis kayu manis,bunga cengkih etc sampai wangi.Setelah itu masukkan bahan blender.Tumis hingga bawang layu.Masukkan bancuhan serbuk kari ayam tadi.Tunggu sampai serbuk kari itu pekat dan naik minyak.Masukkan tomato puree dan kentang serta 2 mangkuk besar air.Tunggu hingga kuah mendidih,masukkan ayam.Tunggu sampai ayam masak,masukkan garam,ajinomoto.Tunggu lagi 10 minit,kemudian masukkan tomato buah dan daun ketumbar.Tunggu hingga 1 minit,tutup api.Dah masak.Boleh dimakan bersama nasi atau roti perancis atau roti gardenia.

AyAm MaSaK MeRah

BaHaN2NyA:

Seekor ayam dipotong ikut suka hati-digoreng separuh garing dan kemudian taruk tepi
10 batang lada kering potong kecil2 dan direndam dalam air panas selama 5 minit-diblender
2 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
sebatang serai-dititik
1 tin kecil tomato puree
2 biji ubi kentang dipotong bulat2 kecil-digoreng dan diketepikan
kayu manis,bunga cengkih etc
1 biji tomato biji-dipotong 4
secawan kacang peas
1 biji bawang besar-dijadikan bawang goreng
1 biji bawang besar-dihiris
beberapa helai daun ketumbar
sesudu kecil garam,setengah sudu kecil ajinomoto
1 sudu besar gula.


PeraTuRaNnYa:
Tumis kayu manis,bunga cengkih etc sehingga wangi.Masukkan bahan blender dan serai.Tunggu sehingga lada garing,masukkan semangkuk kecil air dan ayam.Tunggu sehingga kuah mendidih dan kering sedikit,masukkan tomato puree.kacang peas dan kentang.Setelah 1 minit masukkan garam,ajinomoto,gula,hirisan bawang dan daun ketumbar.Setelah 1 minit,tutup api.Taburkan bawang goreng.Dah masak.Boleh dimakan bersama nasi brani,nasi putih,nasi minyak dan roti.

SaMbAl AyAm

BaHaN2NyA:
Seekor ayam dipotong mengikut suka hati-digoreng setengah garing dan ketepikan
20 batang lada kering-digunting kecil2 dan direndam dengan air panas selama 5 minit-diblender
2 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
seibu jari belacan-diblender
kayu manis,bunga cengkih etc-
sebatang serai-dititik
semangkuk kecil air asam
daun limau(dlm 5 atau enam)
sesudu kecil garam,setengah sudu kecil ajinomoto,3 sudu besar gula

PeRaTuRaNnYa:
Tumis bahan blender bersama serai.Bila sahaja lada garing dan naik minyak,masukkan air asam dan ayam.Tunggu hingga kuah mendidih,baru masukkan daun limau,garam,ajinomoto dan gula.Tunggu 5 minit,tutup api.Dah masak.Boleh dimakan bersama nasi putih atau roti.

AyAm MaSaK LeMaK CiLi PaDi

BaHaN2NyA:
Seekor ayam dipotong mengikut suka hati
3 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
seibu jari kunyit hidup-diblender
20sen udang kering-direndam 5 minit dan diblender
10 batang lada padi-diblender
1 batang serai-dititik
sedikit lenguas-dititik
sekotak santan kara
semangkuk kecil air asam/sekeping asam keping
2 batang bendi dibelah tengah tapi jgn putus
2 biji tomato biji dipotong empat
beberapa helai daun kunyit/salam/limau
satu sudu besar garam,setengah sudu kecil ajinomoto

PeRaTuRaNnYa:
Tumis kayu manis,bunga cengkih etc sampai wangi.Masukkan bahan blender bersama serai lengkuas.Tunggu hingga garing,masukkan santan,air asam dan ayam.Setelah ayam empuk masukkan bendi.Tunggu sehingga bendi masak baru masukkan tomato, garam,ajinomoto,daun.Setelah 5 minit,tutup api.Dah masak.Boleh dimakan dengan nasi putih.

SuP AyAm

BaHaN2NyA:
Seekor ayam dipotong mengikut suka
3 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
1 biji bawang besar-dihiris
2 biji ubi kentang dipotong 4 tiap satu
2 biji tomato biji dipotong 4 tiap satu
kayu manis,bunga cengkih etc
1 batang serai-dititik
i kiub sup ayam
daun sup,daun bawang 30 sen
1 sudu besar garam,setengah sudu kecil ajinomoto

PeRaTuRaNnYa:
Tumis kayu manis,bunga cengkih etc hingga wangi.Setelah wangi masukkan bahan blender dan serai.Setelah bahan blender garing dan pekat,masukkan ayam,ubi kentang,kiub ayam dan 2 mangkuk air.Kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan ubi empuk.Setelah itu masukkan tomato biji dan daun sup,daun bawang serta bawang hiris tadi.Masukkan garam dan ajinomoto.Biarkan seminit,tutup api.Boleh dimakan bersama roti,nasi putih atau dihirup kuahnya sahaja.

AyAm KiCaP AlA SoFeA

BaHaN2NyA:
Seekor ayam dipotong ikut suka-cuci dan perap dlm sedikit serbuk kari ayam dan kunyit serbuk serta sedikit garam dan serbuk perasa.Perap selama 10 minit.
3 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
sesedudu besar lada hitam-diblender
10 batang lada kering-direndam di dlm air panas selama 5 minit dan kemudian diblender
2 biji ubi kentang-dipotong bulat kecil2 dan digoreng setelah disalut dgn kunyit serbuk dan sedikit garam..ketepikan setelah itu.
2 biji tomato biji-dipotong 4 tiap satu.
kayu manis,bunga cengkih etc
serai dititik
setengah botol kecil kicap manis(saya gunakan cap kipas)
1 asam keping
2 sudu makan kari serbuk ayam
1 tin kecil tomato puree
daun ketumbar atau daun limau(ikut suka)
sesudu besar garam,setengah sudu kecil ajinomoto

Peraturannya:
Tumis kayu manis,bunga cengkih etc hingga wangi.Masukkan bahan blender.Tumis sehingga pekat dan wangi.Masukkan juga serai.Setelah itu masukkan kicap,tomato puree,serbuk kari,kentang dan 2 mangkuk besar air.Setelah kuahnya mendidih,masukkan ayam dan asam keping tadi.Tunggu hingga 10 minit,masukkan tomato dan daun.Masukkan juga sesudu besar garam dan setengah sudu kecil ajinomoto.Setelah 10 minit,tutup apinya.Boleh dimakan bersama nasi putih dan juga roti.