Friday, March 30, 2007

JuSt SoMe ReCiPeS FrOm ThE TeAcHeR..

Yesterday my youngest child got a list of recipes from his Malay Language teacher.Actually the recipes was not meant for them to try but it was mainly to pick out some sentences.Here's the recipes just to share with u.And it's in malay again...hehehe


Kek Keju Cheddar(Cheddar Cheese Cake)

Bahan2nya:

Bahan A:
250gm mentega
230gm gula

Bahan B:
4 biji telur

Bahan C:
100gm keju cheddar,didadu kecil,(sedikit diparut,untuk tabur diatas kira kira 2 sudu makan)

Bahan D:
100ml susu cair dalam kotak
280gm tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk penaik(baking powder)


Peraturannya:
Gunakan loyang untuk kek lapis biasa.Gris sekelilingnya dan alas dasar loyang dengan kertas kek.Panaskan ketuhar 15 darjah celcius.
Putar bahan A sehingga lembut dan gebu.
Masukkan bahan B dan putar lagi sehingga lembut dan tidak berbintik2.
Masukkan bahan C iaitu hanya keju dadu dan putar lagi sehingga sebati.
Masukkan bahan D dan putar lagi sehingga sebati.
Tuang dalam loyang yang sudah digris terlebih dahulu.Bakar selama 45minit dengan kepanasan di antara 150 hingga darjah Celcius,bergantung kepada ketuhar masing2.

Perhatian
Hanya gunakan 2 sudu makan sahaja parutan keju untuk ditabur.Lebihannya dimasukkan ke dalam adunan.Keju untuk tabur sebaik2nya dipatahkan kecil2 supaya bila masak kelak kek mudah dipotong.

Kek yang sudah masak,dibiarkan sebentar di dalam loyang sehingga sejuk sedikit.Kemudian barulah dikeluarkan dan disejukkan di atas redai.


Kentang Sumbat(Stuffed Potatoes)

Bahan2nya:
4 biji ubi kentang yang besar-jumlah beratlebih kurang
20 gram mentega,dicairkan
Sedikit lada hitam yang baru dikisar kasar
3 sudu makan penuh sayur campur
1 sudu makan daun ketumbar,dirampai
100 gram daging dikisar kasar
70 gram parutan keju cheddar
25 gram bawang dicincang
Garam secukup rasa

Peraturannya:
Kentang dicuci bersih dan dilap hingga kering,kemudian dicocok2 dengan pisau dan dibakar selama 1 jam dengan kepanasan 180 darjah Celcius.
Daging kisar,disangai sebentar dan diketepikan.
Kentang yang sudah dibakar disejukkan dan dibelah 2.Dengan menggunakan sudu teh,perlahan2 kerok keluar isi dengan meninggalkan kulitnya 1 cm tebal.
Isi kentang dimasukkan ke dalam mangkuk yang berisi mentega cair.Lenyek hingga rata.Tabur sedikit garam dan lada hitam.Masukkan sayur campur,daun ketumbar,keju dan daging sangai dan gaul hingga rata.Ambil sedikit adunan kentang dan sumbat semula ke dalam kulit kentang.Kemaskan supaya kemas dan rata.Atur di dalam pembakar dan bakar selama lebih kurang 30 minit dengan kepanasan 180 darjah Celcius sehingga warnanya bertukar menjadi keemasan.
Enak dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili dan tomato.



Kek Lapis Prune

Bahan2nya:
5 putih telur
25 kuning telur
500 gram mentega
180 gram all purpose cake flour
220 gram gula castor
4 sudu makan susu pekat
1 sudu makan pure esen vanila
340 gram pitted prunes(prune tanpa biji) hiris
1 tin kek 9"x 9"x 3"-gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek

Peraturannya:
Pukul mentega,susu dan vanila sehingga kembang.Masukkan 100 gram gula.Pukul lagi hingga gulanya larut.Ketepikan.
Pukul 5 putih telur hingga kembang.Masukkan 120 gram gula.Pukul lagi sehingga rata,baru masukkan semua kuning telur dan pukul sehingga adunannya kembang.
Masukkan adunan A ke dalam adunan B dan pukul low speed sehingga rata.Tuangkan tepung dan gaul rata.
Cara membakar-ganakan grill,panaskan sehingga 3.5,kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar warna.Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan ke dalam tin,ratakan.Grill sehingga warnanya coklat.Setelah itu tuangkan 1 senduk adunan di atasnya dan ratakan.Tabur hirisan prune,sehingga menutup permukaannya,tetapi jangan terlalu rapat.Grill lagi sehingga coklat.Ulang lagi dengan satu lapis berprune sehingga habis.
Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaannya menjadi coklat,tutup tin kuih dengan sebarang tudung periuk foil dan segera buka oven biasa dengan kepanasan 120 darjah ,bakar lagi selama 10 minit.Apabila sudah masak,keluarkan dan buka tutupnya,biarkan sejuk baru boleh di potong.



Ayam Penyet

Bahan2nya:
1 1/2 kg peha ayam (kira2 6 keping ,jangan buang kulitnya,cuci bersih dan toskan)
1500ml air
3 batang serai,bahagian putihnya sahaja dititik
3 hiris lengkuas dititik
6 biji bawang putih dihiris
1 sudu makan ketumbar ,ditumbuk kasar dengan 1/2 sudu makan jintan halus(jintan putih)
1 ibu jari halia dititik
4 helai daun salam
4 sudu makan rata gula tanjung
2 sudu makan rata garam

Peraturannya:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk,kecuali ayam.Gaul rata dan rasa.Jika kurang garam,tambah sedikit lagi.Setelah puas hati dengan rasanya,barulah dimasukkan ayam.Tentukan bahawa airnya cukup2 menutup ayam.Jika kurang,tambah sedikit lagi.Tenggekkan periuk di atas dapur dengan api yang sederhana besarnya.Masak ayam sehingga mendidih di antara 15 dengan 20 minit.Setelah mendidih,matikan api.Keluarkan kepingan ayam dan masukkan di dalam tapis.Biarkan sehingga ia benar2 sejuk.
Sementara menantikan ayamnya sejuk,tapis air rebusan ayam.Air yang jernih diketepikan untuk dibuat sup.Ketumbar dan jintan halus harus dikeluarkan dan digaul rata dengan kepingan ayam.
Ayam yang sudah direbus,sebaik2nya disimpan semalaman di dalam peti sejuk.Masukkan sedikit air rebusan di dalam ayam tadi.Goreng ayam ini pada keesokan hari.Tetapi boleh juga digoreng bila kepingan ayam ini sudah betul2 sejuk.Goreng dengan minyak yang banyak sehingga masak dan garing.Sajikan dengan sup asam,nasi serta tahu dan tempeh goreng,kangkung rebus kering dan sambal lada padi.



2 comments:

BR said...

Heheh, bagus gak resipi nie sofea. Bolehlah cuba bila sng nanti. Apa kata anda?

sofea said...

Tu lah Rozzan..yg cake tu sama mcm u punya resipi ekk...!Tapi sofea tak tahu lah dari mana teacher tu dapat resipi2 ni semua....i've not even tried them!Hope to try 1 fine day..masaalahnya day belum fine lagi...!!